Majlis Penyerahan Insentif Sukan SEA ke-30 Filipina

16 Jan 2020 by draqonit

Shah Alam, Jan 16 – DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan insentif dari kerajaan Negeri Selangor kepada 56 atlet dan 14 jurulatih yang meraih pingat pada Sukan Sea tersebut.

Dr. Yew Weng Kean menerima insentif sebanyak RM5,000 setelah meraih pingat emas dalam sukan esports(heartstone).

Atlet dari Selangor telah menyumbang sebanyak 26 pingat emas, 12 perak dan 17 gangsa.

Semoga atlet esports yang mewakili Selangor menjadi lebih bersemangat untuk memberi pingat pada SUKMA Johor Julai ini.

“Merah Kuning Lambang Kebanggaan”

Comments --

Loading...