Sukma Training

12 Feb 2020 by draqonit

SABTU 15 Feb – Esports Selangor telah menganjurkan sesi latihan selama dua hari sebagai persiapan atlet eSports Sukma Negeri Selangor. Sesi latihan ini bertujuan menyiapkan atlet yang mewakili Selangor untuk bersaing pada Sukma Johor di bulan Julai kelak. Sesi ini mendapat penglibatan seramai 11 atlet dari kategori PES20 dan Dota2.

Antara sesi latihan yang diterapkan adalah perkongsian kesediaan mental yang disampaikan oleh Encik Kuan Juen Leong (Mental toughness Coach) dan Dr. Jamatul Shahidah Shaari (Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi). Sesi latihan bersama jurulatih pasukan juga diadakan untuk berkongsi teknik dan memahami gameplay ahli pasukan.

Objektif pada sesi kali ini berjaya menerapkan semangat berkumpulan sesama atlet dan penerapan sikap positif untuk menghadapi cabaran Sukma 2020.



Location

kitamen epicenter

Comments --

Loading...